Friday, 19 September 2014

inilah aku..... itu gambar masa hari perkahwinan aku dengan encik suami.. baru 4 tahun...
sesungguhnya Allah Maha besar... Dia temukan aku dengan jodohku dan dikurniakan seorang puteri... terima kasih Ya Allah.
semakin hari aku makin belajar erti kehidupan.... sebenarnya banyak dugaan dan cubaan. bagi aku bahagia itu dugaan. sedih itu pun dugaan... setakat mana kita dapat menghargai apa yang Allah kurniakan untuk kita. setiap sesuatu itu di datangkan untuk kita dengan hikmah dan maknanya.. sedaya mungkin aku cuba terima dengan redha.  terpulang pada kita untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat. Allah takkan datangkan sesuatu dugaan kecuali ianya bersesuaian dengan diri kita.
dalam kehidupan pada aku kesabaran adalah penting. dengan sabar kita akan dapat merasakan ketenangan....
oleh itu marilah kita bermuhasabah dalam diri kita... kecik atau besar tetap Allahu Akbar!!!